Sunday, 29 May 2011

volkswagen kuning

volkswagen kuning? hantu atau ilusi?

sejak tahun 2000 aku telah pun mendengar kisah paranormal mengenai volkswagen kuning yang dikatakan berhantu oleh sesetengah pemandu lebuhraya PLUS (Utara-Selatan) dan kawasan yang telah dikatakan berhantu tersebut adalah antara Jelapang, Ipoh sehingga ke Terowong Menora. Sama ada ia berlaku di laluan menuju ke arah Selatan mahupun arah Utara wallahualam...Apa yang pasti menurut kisah daripada pemandu lori ataupun  bas ia berlaku pada kedua-dua laluan tersebut.

Pernah diri aku sendiri ingin mencuba mencari pengalaman tersebut telah mengambil keputusan untuk memandu seorang diri pada waktu lewat malam  pulang ke Pulau Pinang daripada Kuala Lumpur. Aku mengambil keputusan memulakan perjalanan aku daripada KL pada pukul 11.00malam dengan harapan aku akan tiba di kawasan Jelapang - Terowong Menora pada lewat malam iaitu dalam pukul 1.30 pagi ke 2 pagi dimana pada waktu yang sunyi sepi serta masa yang sesuai untuk menyaksikan suatu kejadian yang aneh. Sepanjang perjalanan pulang ke PP dari KL suasana yang sunyi dan gelap walaupun hanya ditemani dengan beberapa kampu lori serta bas yang juga menuju ke destinasi pada waktu malam.

Dengan memnadu seorang diri aku hanya ditemani dengan alunan muzik kereta aku sebagai ubat untuk hilang mengantuk aku. Ini adalah pertama kali cubaan aku memandu pada waktu lewat dan keseorangan diri pulang ke PP. Pada jam lebih kurang 1.30pagi aku tiba di kawasan Jelapang, Ipoh. Setelah mengambil tiket tol aku memulakan perjalanan mendaki menuju ke Terowong Menora. Laluan yang amat gelap dan hanya kenderaan aku sahaja melalui di situ dengan kelajuan 80km/j-90km/j. Dengan cerita daripada pemandu bas serta lori yang aku pernah dengar dengan kelajuan kenderaan yang biasa itu aku cuba untuk melihat sekeliling aku sekiranya terdapat tanda-tanda volkswagen kuning yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Alhamdulillah setelah melepasi Terowong Menora sehingga ke R&R Sungai Perak tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku pada aku waktu itu. Mungkin benar kata-kata orang sekiranya kita datang dengan niat mencari 'benda' tersebut tidak akan muncul. Semasa melalui laluan tersebut sememangnya amat gelap serta memerlukan fokus yang tinggi kerana sekiranya hilang fokus maka boleh membawa kecelakaan sehingga maut apabila laluan tersebut mempunyai gaung yang dalam.
Bukan setakat percubaan itu sahaja, kerana selepas itu apabila pulang ke PP daripada KL aku akan memulakan pemanduan sebelah malam dengan harapan dapat melihat volkwagen kuning itu juga. Tetapi tiada sebarang kejadian atau aktiviti paranormal yang berlaku.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. 

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

No comments:

Post a Comment