volkswagen kuning? hantu atau ilusi?
sejak tahun 2000 aku telah pun mendengar kisah paranormal mengenai volkswagen kuning yang dikatakan berhantu oleh sesetengah pemandu lebuhraya PLUS (Utara-Selatan) dan kawasan yang telah dikatakan berhantu tersebut adalah antara Jelapang, Ipoh sehingga ke Terowong Menora. Sama ada ia berlaku di laluan menuju ke arah Selatan mahupun arah Utara wallahualam...Apa yang pasti menurut kisah daripada pemandu lori ataupun bas ia berlaku pada kedua-dua laluan tersebut.
Pernah diri aku sendiri ingin mencuba mencari pengalaman tersebut telah mengambil keputusan untuk memandu seorang diri pada waktu lewat malam pulang ke Pulau Pinang daripada Kuala Lumpur. Aku mengambil keputusan memulakan perjalanan aku daripada KL pada pukul 11.00malam dengan harapan aku akan tiba di kawasan Jelapang - Terowong Menora pada lewat malam iaitu dalam pukul 1.30 pagi ke 2 pagi dimana pada waktu yang sunyi sepi serta masa yang sesuai untuk menyaksikan suatu kejadian yang aneh. Sepanjang perjalanan pulang ke PP dari KL suasana yang sunyi dan gelap walaupun hanya ditemani dengan beberapa kampu lori serta bas yang juga menuju ke destinasi pada waktu malam.
Dengan memnadu seorang diri aku hanya ditemani dengan alunan muzik kereta aku sebagai ubat untuk hilang mengantuk aku. Ini adalah pertama kali cubaan aku memandu pada waktu lewat dan keseorangan diri pulang ke PP. Pada jam lebih kurang 1.30pagi aku tiba di kawasan Jelapang, Ipoh. Setelah mengambil tiket tol aku memulakan perjalanan mendaki menuju ke Terowong Menora. Laluan yang amat gelap dan hanya kenderaan aku sahaja melalui di situ dengan kelajuan 80km/j-90km/j. Dengan cerita daripada pemandu bas serta lori yang aku pernah dengar dengan kelajuan kenderaan yang biasa itu aku cuba untuk melihat sekeliling aku sekiranya terdapat tanda-tanda volkswagen kuning yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Alhamdulillah setelah melepasi Terowong Menora sehingga ke R&R Sungai Perak tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku pada aku waktu itu. Mungkin benar kata-kata orang sekiranya kita datang dengan niat mencari 'benda' tersebut tidak akan muncul. Semasa melalui laluan tersebut sememangnya amat gelap serta memerlukan fokus yang tinggi kerana sekiranya hilang fokus maka boleh membawa kecelakaan sehingga maut apabila laluan tersebut mempunyai gaung yang dalam.
Bukan setakat percubaan itu sahaja, kerana selepas itu apabila pulang ke PP daripada KL aku akan memulakan pemanduan sebelah malam dengan harapan dapat melihat volkwagen kuning itu juga. Tetapi tiada sebarang kejadian atau aktiviti paranormal yang berlaku.
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi mengenai cerita-cerita paranormal yang berlaku di Malaysia berdasarkan cerita 'urban legend' mengenai entiti paranormal mengikut cerita serta pengalaman sendiri, kawan-kawan dan orang ramai.
Sunday, 29 May 2011
histeria
Histeria? adakah ia satu gangguan jin atau makhluk halus ataupun masalah psikologi?
Aku pernah mengalami pengalaman melihat bagaimana rakan sekolah aku mendapat histeria. Perkara ini terjadi sewaktu aku berada dalam tingkatan 3 dan bersekolah di Pulau Pinang. Aku dan rakan-rakan berasa terkejut apabila terdengar suara yang meracau-racau serta menjerit dengan kuat. Suara yang begitu garau serta seram amat membuatkan bulu roma aku berdiri tegak. Dalam hati tergerak mungkin rakan ku ini mengalami tekanan dalam menghadapi peperiksaan PMR mahupun masalah boyfren, tapi sangkaan aku ternyata meleset apabila beberapa orang ustaz yang datang untuk menolong dan merawat rakan aku ini dan berjaya mengeluarkan makhlus halus ini keluar dari tubuh badan rakan aku tadi. Begitu seram apabila melihat wajah rakan aku ini yang nampak pucat serta anak mata yang sentiasa merenung tajam ke arah kami.
Apa yang aku berasa pelik adalah sebelum rakan aku tadi mendapat histeria, aku dan beberapa kawan aku yang lain dapat merasakan angin yang sepoi-sepoi bahasa melintasi kami pada waktu itu dan setelah angin berhenti atau berlalu terus rakan aku menjerit histeria.
Kejadian histeria yang membabitkan rakan aku tadi telah berlaku sebanyak dua (2) kali dan setiap kali sebelum mendapat serangan histeria sekali lagi kami berasa angin yang sepoi-sepoi pada waktu itu.
Peristiwa ini telah mengingatkan aku kepada beberapa kes histeria yang menyerang budak perempuan di sekolah di negeri Pahang beberapa ketika dulu.
Untuk mendapat apakah kebenaran mengenai Histeria ini bolehlah kita merujuk kepada artikel daripada akhbar tentang penjelasan yang dibuat oleh pakar.
“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.
DATUK DR AMRAN KASIMIN
Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?
Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.
Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.
S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?
J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.
Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.
Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).
Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.
S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?
J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.
Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.
Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.
S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?
J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi. Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.
S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?
J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.
S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?
J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.
Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.
S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?
J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.
S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?
J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.
S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?
J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.
S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?
J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”
S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?
J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.
S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?
J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.
S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?
J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.
S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?
J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.
S: Apakah jenis-jenis jin?
J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

Subscribe to:
Posts (Atom)