Berdasarkan terjemahan daripada Wikipedia
"Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penanggal dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu."
Mengenang kembali cerita hantu penanggal ini, kisah ini berlaku keatas diriku semasa mengikuti pengajian disebuah IPTA di Dungun, Terengganu. Cerita paranormal mengenai hantu penanggal berlaku di bilik TS A014 dan kisah ini telah diceritakan dan dikongsi oleh salah seorang 'roomate' kitaorang yang menggelarkan dia dengan panggilan Li. Pada keesokkan harinya setelah selesai kuliah, Li menceritakan bahawa pada kejadian semalam sewaktu kitaorang semua nyenyak tidur tiba-tiba dia berasa kurang senang dengan suasana malam yang panas dan cuba untuk bangun dari tidurnya. Pada malam tersebut kami begitu nyenyak tidur. Apabila Li membuka matanya tiba-tiba dia menjadi kaku dan hanya berdiam diri setelah melihat entiti paranormal iaitu hanya berkepala dan berjurai tali perut (hantu penanggal) berlegar-legar di atas kami kerana semua kami tidur di lantai dan katil bawah. Li hanya kaku tanpa kata-kata selama beberapa minit sehingga entiti paranormal itu berlalu dan menghilangkan diri. Setelah mendengar cerita Li itu, pada mulanya kami tidak mempercayai kisah tersebut kerana tiada sebarang tanda-tanda ke atas kami. (sekiranya hantu penanggal kemungkinan akan ada tumpahan darah ke atas kami semasa nyenyak tidur). Mengikut cerita 'senior-senior' memang terdapat kisah paranormal yang berlaku pada 'level' asrama kami terutama antara empat bilik yang terakhir (termasuk bilik kami) kerana semasa pembinaan asrama tersebut berlakunya satu kematian yang melibatkan seorang wanita setelah diperkosa oleh buruh binaan disitu. Maka akan ada 'gangguan' yang berlaku disitu. Alhamdulillah bagi aku dan 'roomate' yang lain tidak pernah menghadapi 'gangguan' dari entiti paranormal tersebut. Namun ada beberapa ketika, berlaku 'rasukan' atau 'gangguan' oleh entiti paranormal terhadap seorang rakan kami (berlainan kursus) yang tinggal dibersebelahan bilik kami. Jadi teori dan cerita oleh para 'senior' bahawa empat (4) bilik terakhir di level asrama kami sememangnya 'keras'. Peristiwa itu mengingatkan kami kembali kepada cerita Li mengenai hantu penanggal yang berlegar-berlegar sambil melihat kami tidur. Malah asrama dan bilik kami terletak tidak jauh dari kawasan hutan yang tebal dan berbukit. Bukit itu juga dikenali sebagai 'Bukit Mayat' kerana apabila dilihat dari jauh ia seakan-akan seperti mayat yang sedang tidur.
Alhamdulillah sepanjang pengajian aku selama 3 tahun di Dungun, Terengganu aku masih lagi belum melihat entiti paranormal walaupun dalam masa pengajian ada juga kenakalan kami untuk mengenakan rakan-rakan yang study lewat malam 'during' exam dengan menyamar sebagai hantu. (kisah ini akan aku cerita di lain hari) .
Team kisahparanormal akan cuba untuk membuktikan kewujudan entiti paranormal 'hantu penanggal' ini dengan membuat kajian yang lebih mendalam serta berkemungkinan Team kisahparanormal akan ke Sabah dalam mendapatkan kepastian tentang kewujudan entiti tersebut walaupun setelah lebih 10 tahun meninggalkan Dungun, Terengganu yang hanya berlaku sekali terhadap kami (walaupun hanya dilihat oleh roomate, Li) pada waktu tersebut. Sekiranya Team kisahparanormal mendapat maklumat terbaru mengenai kewujudan entiti paranormal tersebut, kami akan berkongsi pengalaman bersama anda.